Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 18 ] Sejarah Ringkas Penubuhan Sejarah JPA bermula pada tahun 1934 dengan penubuhan Pejabat Perjawatan Malaya ( Malayan Establishment Office – MEO) di Singapura yang kemudiannya dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1954. Pada era pentadbiran British, peranannya pada peringkat awal adalah tertumpu kepada pengurusan perjawatan dan disiplin. Pada tahun 1967, MEO telah ditukar nama kepada Pejabat Perjawatan Persekutuan yang menjadi permulaan kepada penubuhan JPA. Pada Ogos 1968, nama JPA mula digunakan secara rasmi. Peranan JPA sebagai agensi pusat diperluaskan secara berperingkat daripada urusan pentadbiran kepada penggerak utama dalam pembaharuan keseluruhan perkhidmatan awam dari aspek pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Punca Kuasa Perundangan Fungsi JPA adalah berlandaskan kepada Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, khususnya di bawah Perkara 132 yang memberi takrifan kepada Perkhidmatan Awam. Manakala had kuasa JPA dalam penetapan dasar, skim perkhidmatan, saraan, dan persaraan digariskan melalui Perintah Am dan Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri, dan Kerajaan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), melalui punca kuasa ini, berperanan sebagai penasihat utama kepada Kerajaan mengenai semua hal ehwal yang berkaitan dengan pembangunan dan pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam dan juga sebagai Ketua Perkhidmatan bagi pegawai perkhidmatan guna sama Persekutuan. Jadual Punca Kuasa Perundangan Utama berkaitan dengan Fungsi JPA adalah seperti dalam LAMPIRAN 1 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy