Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 9 ] Sinergi awam-swasta Dalam persekitaran yang kompleks, kolaborasi strategik dengan sektor swasta adalah penting untuk mengoptimumkan sumber awam. Organisasi awam perlu menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pihak luar bagi menggalakkan perkongsian sumber dan kepakaran yang dapat menyumbang kepada kecekapan penyampaian perkhidmatan. Pengukuhan persepsi awam Meningkatkan persepsi positif dan membina keyakinan awam adalah penting bagi memastikan kelangsungan dan penerimaan penyampaian perkhidmatan. Komunikasi strategik, pengukuhan pengurusan pelanggan dan libat urus bersama pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas adalah kritikal supaya perkhidmatan awam kekal relevan dan dipercayai oleh rakyat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy