Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 5 ] Penjenamaan Semula MyPPA Kepada Teras Strategik Perkhidmatan Awam (TSPA) Selaras dengan proses pembangunan PSJPA 2026–2030, terdapat keperluan untuk menjenamakan semula lima dimensi pembaharuan di bawah kerangka MyPPA kepada lima TSPA sebagai dimensi generik berkaitan PSM, tadbir urus organisasi dan penyampaian perkhidmatan. TSPA ini bersifat sepunya bagi keseluruhan sektor awam kerana ia mengukuhkan faktor dalaman sesebuah organisasi yang menghasilkan peningkatan keupayaan penyampaian fungsi teras perkhidmatan mereka. Lima TSPA tersebut adalah seperti berikut: Oleh yang demikian, TSPA dijadikan sebagai rujukan utama Kementerian, Jabatan, Agensi dan organisasi awam sebagai dimensi generik untuk diadaptasi dalam perancangan strategik organisasi masing-masing. Ini kerana TSPA merujuk kepada faktor dalaman – PSM, tadbir urus organisasi dan penyampaian perkhidmatan – yang menekankan cara atau “bagaimana” sesebuah organisasi bertindak dalam melaksanakan “apa yang ingin dicapai” menerusi aktiviti penyampaian perkhidmatan fungsi teras masing-masing. TSPA ini boleh digabung jalin dengan teras-teras lain berkaitan aspek khusus penyampaian perkhidmatan sesebuah organisasi awam dalam pelan strategik mereka. Penjelasan lanjut mengenai setiap TSPA dihuraikan dalam Bab 2 Dokumen PSJPA 2026–2030 ini. Berpandukan kepada kelima-lima TSPA tersebut, satu Pelan Tindakan JPA dibangunkan selaras dengan peranan JPA sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pembangunan dan pengurusan sumber manusia sektor awam. Jabatan Perkhidmatan Awam, Blok C3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy