Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 6 ] Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam yang terdahulu bagi tempoh 2021–2025 telah dibangunkan dengan visi – Perkhidmatan Awam Berprestasi Tinggi, Berintegriti, Dinamik dan Berjiwa Rakyat – untuk menangani enam isu strategik merangkumi keperluan sumber manusia, kompetensi dan kepakaran, kemajuan kerjaya, keberkesanan tadbir urus, perekayasaan proses kerja dan kesediaan teknologi. Hasil pelaksanaan program-program penyelidikan, perancangan dan pengurusan bakat sistematik yang digariskan dalam pelan strategik tersebut, beberapa kejayaan telah dicapai. Antaranya adalah pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi meningkatkan kesejahteraan pegawai awam dan Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam untuk mengukuhkan pembangunan modal insan sektor awam. Bagi menyokong agenda Kerajaan Digital, JPA juga telah memanfaatkan sepenuhnya teknologi pendigitalan untuk memantapkan pengurusan prestasi pegawai awam dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Prestasi Baharu ( MyPerformance ) dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS). Selain itu, sistem E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) turut diperkasa dan dimanfaatkan dalam pelaksanaan Program Penilaian Celik Digital kepada semua peringkat perkhidmatan awam. Dashboard H.E.M.A.T. juga telah dibangunkan untuk memantau inisiatif yang telah dilaksanakan dalam meningkatkan menyampaian perkhidmatan yang mengintegrasikan nilai-nilai H.E.M.A.T. Pencapaian program-program di bawah pelan terdahulu membuktikan usaha JPA dalam menangani isu-isu strategik dan cabaran lima tahun kebelakang. Namun, terdapat isu- isu yang masih berterusan dan cabaran baharu yang perlu didepani. Sehubungan itu, kajian berterusan berkaitan perkhidmatan awam terus dipergiat menerusi pelaksanaan PSJPA 2026–2030 untuk memastikan kesinambungan dan mengurangkan jurang yang tidak dapat diatasi sepenuhnya dalam pelan strategik JPA 2021-2025. Pencapaian Pelan Strategik JPA 2021–2025 Pegawai JPA bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Pengurusan Tertinggi JPA menandatangani opsyen Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bermula 21 Oktober hingga 30 November 2025
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy