Sejahtera Milik Kita

MENYANTUNI HASRAT MEMBINA CITRA “Sejahtera Milik Kita” Abdul Jalil Hassan, Phd PENGENALAN Menyantuni membawa maksud beradab, berbudi pekerti, berakhlak, menaruh belas kasihan, rasa ingin membantu dan ingin menunaikan kehendak. Hasrat merupakan keinginan atau kehendak yang kuat manakala membina membawa maksud membuat, mengusahakan atau mengukuhkan sesuatu dan citra pula adalah imej atau gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan pihak lain (Kamus Dewan, 2005). Menyantuni hasrat, membina citra membawa maksud membantu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menunaikan keinginan dan kehendak (stakeholder, rakyat dan penjawat awam) demi mempertingkatkan imej perkhidmatan awam. Rakyat sentiasa mengharapkan HASRAT besar mereka disantuni dengan cara yang terbaik dan efisien oleh penjawat awam. Mereka mendambakan agar penjawat awam sentiasa PRIHATIN dengan situasi semasa, permintaan dan keperluan mereka. Setiap keperluan dan hajat mereka itu ditangani pula dengan PANTAS . Tindakan pantas itu hendaklah dilandaskan dengan layanan SAKSAMA tanpa meminggirkan sesiapa serta disulami dengan ke MESRA an yang tulus tanpa dibuat-buat oleh pegawai yang CEKAP yakni pegawai yang boleh memastikan tugas dilaksanakan dengan cepat, tepat dan sempurna. Seterusnya, perkhidmatan yang diberikan terlaksana secara penuh ke TELUS an tanpa sebarang konflik atau kepentingan peribadi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy