Sejahtera Milik Kita

2 Bagi menyantuni HASRAT tersebut, penjawat awam perlu sentiasa CAKNA dengan keperluan rakyat dengan mempunyai sifat IHSAN dan sentiasa mengambil TANGGUNGJAWAB dalam setiap perlakuan dan perkataan yang dilafazkan kepada pelanggan. Penjawat awam juga mestilah RESPONSIF dengan setiap denyut nadi keperluan rakyat dan proaktif memberikan perkhidmatan berlandaskan AKHLAK mulia dan nilai yang tinggi. Dengan itu, maka CITRA baik, positif dan cemerlang dapat dipersepsikan oleh setiap mereka yang datang mendapatkan perkhidmatan. Mereka yang cakna dengan permasalahan orang lain akan menzahirkan rasa ihsan untuk membantu. Rasa ihsan itu pula sama ada dinyatakan atau sebaliknya dapat dirasai oleh mereka yang memerlukan perkhidmatan. Dengan itu, pelanggan atau rakyat dapat merasakan bahawa mereka diambil peduli dan didahului walaupun belum membuka lisan untuk menyebut. Perkara ini dilakukan dengan penuh tanggungjawab atas amanah yang telah digalas dan terpikul di atas bahu sejak mula dilantik. Dengan penuh rasa tanggungjawab itu, maka penjawat awam akan segera responsif terhadap denyut nadi hasrat dan keperluan rakyat sebagai pelanggan. Dalam usaha untuk memberikan respon terbaik dan penuh tanggungjawab, ianya mesti pula disulami dengan akhlak yang mulia agar semua yang mengharapkan perkhidmatan terbaik mendapat apa yang mereka harapkan. PELAKSANAAN Bagi merealisasikan tema Menyantuni Hasrat, Membina Citra, penerapan nilai H.E.M.A.T merupakan langkah terbaik kepada semua penjawat awam. H.E.M.A.T merupakan aspirasi baharu Perkhidmatan Awam yang telah diperkenalkan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada Februari 2024 yang merujuk kepada kewaspadaan dalam tindakan serta ketelitian dalam pelaksanaan segala tugas yang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy