Sejahtera Milik Kita
Kata Alu-Aluan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya Kompilasi Artikel Kesejahteraan Psikologi berjaya diterbitkan bagi tahun 2024. Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sidang Redaksi yang telah bertungkus lumus dan berjaya menghasilkan dan menerbitkan buku ini. Penerbitan buku ini merupakan salah satu inisiatif untuk membudayakan penulisan dalam sektor awam khususnya dalam bidang kesejahteraan psikologi. Selain itu, buku ini turut mengetengahkan tentang pembudayaan nilai dalam perkhidmatan awam. Buku kompilasi ini memberi panduan dan boleh dijadikan rujukan kepada semua pegawai psikologi, ahli AKRAB, kaunselor, pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan individu yang berminat untuk memahami dan mendalami bidang kesejahteraan psikologi. Kesejahteraan adalah komponen penting dalam kehidupan seseorang individu kerana seorang yang mempunyai mental yang sihat dapat mengendalikan tekanan, bekerja dengan produktif dan berupaya menyumbang kepada organisasi, masyarakat dan negara. Pengalaman dan penghayatan nilai seseorang turut berkait rapat dengan kesejahteraan. Nilai-nilai positif yang diamalkan dan dihayati akan membentuk citra diri individu untuk berintegriti walau di mana sahaja berada sama ada di rumah, tempat kerja atau dalam masyarakat. Akhir kata, saya amat berterima kasih dan menghargai kepada semua penulis di Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam kerana berjaya menghasilkan kompilasi buku ini. Sebagai peneraju kepada perkhidmatan psikologi, harapan saya, semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam memperdanakan perkhidmatan psikologi ke arah perkhidmatan yang berkualiti dan berprestasi tinggi. Dr. Abdul Jalil bin Hassan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia iv
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy