Sejahtera Milik Kita

81 dan memberi sokongan emosi dan pengalaman kepada mereka. Dengan meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak, memberikan dorongan dan pujian, serta mendisiplinkan mereka dengan konsisten dan adil. Seterusnya, menjaga kesihatan dan kecerdasan fizikal dan mental bagi memastikan kemampuan untuk menjaga dan menyokong keluarga. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah dengan mengadaptasikan gaya hidup sihat, melakukan pemeriksaan kesihatan yang rutin dan mengatasi stes dengan cara yang positif. Selain itu, pemeliharaan nilai-nilai keluarga yang baik kepada generasi akan datang juga penting dalam aspek pelindungan keturunan. Kita harus galakkan penyertaan dalam aktiviti keluarga, mengajarkan anak-anak tentang pentingnya integriti, tanggungjawab dan kasih sayang, serta membantu mereka faham tentang warisan budaya dan agama. Akhir sekali pemerkasaan generasi juga penting dengan memberikan kesempatan dan dorongan kepada anak-anak untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya. Paktikkan untuk sentiasa mendukung minat dan bakat mereka, memberi peluang untuk mereka belajar, meneroka, serta berikan autonomi dalam membuat keputusan yang bersesuaian dengan usia mereka. Dengan menerapkan amalan ini, seseorang dapat memenuhi prinsip Hifz al-Nasl dengan menjaga kesejahteraan dan memberi peluang bagi generasi mendatang untuk berkembang secara optima. HIFZ AL-MAL PERLINDUNGAN HARTA Hifz al-Mal , atau perlindungan harta, adalah prinsip yang menekankan pentingnya menjaga dan mengurus harta benda dengan bijaksana (JAKIM, 2015). Kesejahteraan psikologi juga relevan dalam konteks perlindungan harta. Dalam hal ini, kesejahteraan psikologi merangkumi kemampuan untuk mengurus stres disebabkan kewangan, kerisauan tentang masa hadapan, dan ketegangan yang wujud berkaitan dengan kewangan (Auda, 2008). Seseorang yang memilikikesejahteraan psikologi yang baik cenderung lebih bijak dalam mengurus kewangan mereka dan dapat menghindarkan diri daripada situasi yang merugikan harta benda (Ishak et al., 2021).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy