Sejahtera Milik Kita

80 seharusnya mencegah diri daripada melihat konten sosial media yang melalaikan serta merugikan. Akhirnya dengan berfikiran kritis seseorang mampu untuk menganalisa dan memproses informasi yang diberikan dengan tepat sebelum membuat sesuatu keputusan dengan baik. Kita perlu mempersoalkan tentang ketepatan informasi yang diterima, menguji dan berhujah secara intelektual serta mencari bukti yang valid sebelum membuat sebarang kesimpulan. Dengan menerapkan amalan praktikal ini, seseorang dapat memenuhi prinsip Hifz al-Aql dengan menjaga kecerdasan dan fikiran yang sihat, serta menghindari faktor-faktor yang dapat merosakkannya. HIFZ AL-NASL PERLINDUNGAN KETURUNAN Hifz al-Nasl , atau perlindungan keturunan, adalah prinsip yang menekankan pentingnya menjaga kelangsungan dan kesejahteraan generasi mendatang (JAKIM, 2015). Kesejahteraan psikologi juga memiliki implikasi terhadap perlindungan keturunan. Dalam konteks ini, kesejahteraan psikologi merupakan kesediaan untuk membentuk hubungan yang sihat, baik dalam pernikahan termasuk juga hubungan orang tua dan anak-anak. Keadaan psikologi yang baik membantu seseorang untuk menjadi orang tua yang perihatin, bijaksana, dan dapat menyokong perkembangan psikologi anak-anak mereka (Abdul Rasool et al., 2020). Terdapat lima panduan praktikal bagi mencapai kesejahteraan psikologi dalam aspek pelindungan keturunan iaitu pendidikan anak, peranan orang tua yang positif, menjaga kesihatan dan kecerdasan, pelihara nilai-nilai keluarga serta memperkasakan anak-anak. Pemberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak dapat membantu mereka berkembang menjadi individu yang tekal dan berupaya memberikan sumbangan positif kepada masyarakat. Dengan adanya akses kepada pendidikan formal yang baik anak-anak dan turut terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang memberi bimbingan dalam penghayatan nilai dan etika. Selain itu, peranan ibu bapa yang positif juga merupakan contoh yang baik beri anak-anak dan memberi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy