Sejahtera Milik Kita
82 Terdapat lima panduan praktikal bagi mencapai kesejahteraan psikologi dalam aspek perlindungan harta iaitu menabung dan melabur, mengurus hutang dengan bijak, memberi kepada yang memerlukan, melindungi aset serta pengurusan kewangan yang bijak. Secara prinsip menabung dan melabur adalah dengan mengetepikan sebahagian daripada pendapatan untuk menabung dan melabur untuk masa hadapan. Dengan cara membuka akaun simpanan atau pelaburan seperti deposit, dana, emas atau perak untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang. Keduanya, mengurus hutang dengan bijak melibatkan pengelolaan kewangan dengan berhati-hati dan menghindarkan diri daripada hutang yang tidak perlu atau berlebihan. Dengan membuat anggaran dan perancangan pembayaran hutang secara teratur agar dapat mengelakkan diri daripada bebanan kewangan yang berlebihan. Ketiga adalah dengan memberikan sumbangan atau sedekah kepada mereka yang memerlukan sebagai salah satu tanggungjawab sosial dan agama. Sumbangan kepada yayasan amal, organisasi sosial atau individu yang memerlukan adalah antara contoh yang boleh dilaksanakan. Keempat, melindungi aset dengan melibatkan pengambilan langkah-langkah untuk melindungi aset daripada risiko dan kerugian. Sebagai contoh hari ini pelbagai perlindungan harta yang telah menjadi keutamaan dalam sistem muamalat negara seperti pembelian insuran untuk pelindungan kesihatan, kenderaan atau rumah melalui takaful adalah untuk meinduing diri dan keluarga daripada kejadian yang tidak terduga. Akhir sekali, pengelolaan kewenangan yang bijaksana meliputi kemahiran dalam membuat anggaran, merancang pengeluaran, dan mengelola kewangan dengan berhati-hati. Amalan yang baik adalah dengan mengutamakan pengeluaran wang simpanan bersesuaian dengan keperluan, membataskan pengeluaran yang tidak penting serta memantau aliran kos kewangan secara berkala. Dengan amalan yang praktikal ini, seseorang dapat memenuhi prinsip Hifz al-Mal dengan menjaga harta benda dan mengelola kewangan dengan bijaksana untuk mencapai tujuan kewangan jangka panjang dan memastikan kesejahteraan kewangan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy