Sejahtera Milik Kita
79 HIFZ AL-AQL PERLINDUNGANAKAL Hifz al-Aql , atau perlindungan akal, adalah prinsip yang menekankan pentingnya menjaga kecerdasan dan fikiran yang sihat. Kesejahteraan psikologi juga berkaitan dengan perlindungan akal atau kecerdasan (JAKIM, 2015). Dalam konteks ini, kesejahteraan psikologi melibatkan menjaga kesihatan mental agar seseorang tetap berfikiran jelas, rasional, dan mampu membuat keputusan yang tepat. Keadaan psikologi yang baik membantu seseorang untuk mengelola emosi dengan baik dan menghindari fikiran yang merugikan atau tidak rasional (Abdul Rasool et al., 2020). Terdapat lima panduan praktikal bagi mencapai kesejahteraan psikologi dalam aspek pelindungan akal iaitu pendidikan dan pembelajaran, menghindari bahan yang berbahaya kepada diri, memelihara kesihatan mental, penggunaan teknologi yang bijak dan berfikiran kritis. Pendidikan dan pembelajaran berupaya untuk meningkatkan pengetahuan dan kecerdasan sama ada melalui pembelajaran yang formal atau tidak formal. Sebagai contoh aktiviti yang boleh meningkatkan pengetahuan adalah mengikuti kursus, membaca buku, dan mengambil bahagian dalam diskusi intelektual. Keduanya, pencegahan perlu bagi menghalangi dari terjebak dalam pengambilan bahan terlarang kerana boleh menyebabkan kerosakan kepada kognitif dan kecerdasan seseorang. Seterusnya, memelihara kesihatan mental dengan mengurus stres, merawat diri dan mendapatkan bantuan jika diperlukan. Individu yang mengalami kecelaruan fikiran boleh mendapatkan ketenangan melalui teknik meditasi dan bertafakur, beriadah serta mendapatkan khidmat sesi kaunseling. Selain itu, penggunaan teknologi secara bertanggungjawab dan bijak juga dapat menghindari kesan negatif pada kecerdasan fikiran. Individu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy