Sejahtera Milik Kita
menghindari perilaku yang menyebabkan kerosakkan pada diri, menjaga keseimbangan hidup, menjaga istirehat dan relaksasi serta menitikberatkan kesihatan fizikal. Menjaga kesihatan mental boleh dimulakan dengan menjaga kesihatan tubuh badan dan dikembangkan kepada strategi mengatasi stres, pengurusan kebimbangan dan juga depresi. Antara contoh praktikal yang boleh diamalkan adalah dengan bertafakur, berdoa, beribadah, bersenam dan menjalani terapi bicara dengan pengamal profesional. Keduanya, menghindari perilaku yang merosakkan diri dengan menolak perkara yang berpotensi merugikan kesihatan mental seseorang seperti penyalahgunaan bahan, ubat-ubatan, alkohol serta merokok. Ini juga termasuk menghindarkan diri daripada pergaulan yang buruk dan persekitaran yang negatif serta merugikan. Ketiga, adalah menjaga keseimbangan hidup dengan mewujudkan batas-batas yang sihat antara perkerjaan dan kehidupan peribadi. Secara individu setiap orang perlu menetapkan waktu untuk istirehat dan berelaksasi dengan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, melakukan aktiviti yang diminati serta hobi masing-masing. Keempat, adalah dengan menjaga waktu istirehat dan relaksasi untuk mencegah kelesuan fizikal dan mental. Secara parktikal ini dapat diatasi dengan mengamalkan tidur yang berkualiti, waktu rehat yang teratur serta mengambil cuti jika diperlukan untuk merehatkan fikiran dan tubuh badan. Akhirnya dengan menitikberatkan tentang kesihatan fizikal dapat mengekalkan kesejahteraan mental yang berpanjangan. Antara contoh yang praktikal adalah dengan menjaga pola pemakanan yang seimbang, mengamalkan senaman yang berkala serta menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Dengan menerapkan amalan praktikal ini, setiap individu dapat memenuhi prinsip Hifz al-Nafs dengan menjaga kesihatan dan kesejahteraan fizikal dan mental mereka. 78
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy