Sejahtera Milik Kita

77 menolak godaan tersebut. Keempat, menjaga etika dan moral yang mencerminkan diri seorang islam yang mempunyai nilai-nilai seperti jujur, adil dan penyayang. Secara praktisnya individu harus sering bersedekah, membantu orang lain dalam komuniti dan menjaga hubungan yang baik dengan keluarga dan jiran tetangga. Akhirnya dengan bergiat secara aktif dalam aktiviti keagamaan bagi mendukung dan mempromosi ajaran islam seperti kegiatan dakwah, amar ma'ruf nahi munkar, dan memberikan pendidikan agama kepada generasi muda. Anggota kumpulan yang aktif dalam organisasi keagamaan akan memberikan sumbangan positif kepada masyarakat secara keseluruhannya. Dengan menerapkan amalan praktikal ini, seseorang individu islam dapat memenuhi prinsip Hifz al-Din dengan menjaga agama dan keyakinan mereka serta sumbangan kepada pembangunan spiritual masyarakat Muslim. HIFZ AL-NAFS PERLINDUNGAN HIDUP Hifz al-Nafs , atau perlindungan hidup, adalah salah satu dari lima prinsip utama dalam maqasid al-shariah yang menekankan pentingnya menjaga keselamatan dan kesejahteraan fizikal dan mental individu (JAKIM, 2015). Kesejahteraan psikologi adalah dengan memelihara kestabilan mental dan emosi yang menyumbang kepada perlindungan hidup seseorang. Dalam konteks ini, kesejahteraan psikologi meliputi penjagaan terhadap kesihatan mental seperti mengurus stres dengan baik, melindungi diri daripada ancaman atau bahaya serta memastikan kawalan emosi dengan pengurusan yang berkesan. Selain itu, individu yang mempunyai kesejahteraan psikologi yang baik dapat mengatasi kesulitan hidup tanpa rasa putus asa atau terjerumus dalam perilaku yang membahayakan diri sendiri atau lebih drastik bertindak mengambil nyawa sendiri. Secara ringkas terdapat lima cara yang praktikal bagi mencapai Hifz al-Nafs iaitu menjaga kesihatan mental,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy