Sejahtera Milik Kita
76 HIFZ AL-DIN PERLINDUNGAN AGAMA Hifz al-Din, atau perlindungan agama, adalah salah satu dari lima prinsip utama dalam maqasid al-shariah yang menekankan pentingnya menjaga agama dan keyakinan seseorang (JAKIM, 2015). Kesejahteraan psikologi juga memainkan peran penting dalam perlindungan agama (Abdul Rasool et al., 2020). Dalam konteks ini, kesejahteraan psikologi meliputi pemeliharaan iman dan keyakinan seseorang. Ketika seseorang merasa bahagia, tenang, dan dipenuhi secara psikologi, mereka cenderung lebih mampu menjaga ketaatan terhadap ajaran agama mereka dan menghindari perilaku yang bertentangan dengan nilai-nilai keagamaan (Kamali, 2012). Terdapat lima cara yang praktikal untuk meningkatkan kesejahteraan psikologi dengan mencapai Hifz al-Din iaitu dengan menjaga kebiasaan ibadah, meningkatkan ilmu agama, menghindari perilaku dosa, menjaga etika dan moral serta terlibat dalam aktiviti keagamaan. Menjaga kebiasaan ibadah perlu mula dengan konsistensi dalam menjalankan kewajiban agama seperti melaksanakan solat, puasa, membaca Al-Quran dan berzikir. Secara praktis ia bermula dengan menetapkan waktu ibadah dan berusaha memenuhi ibadah yang dilakukan dengan penuh ikhlas. Keduanya, meningkatkan pengetahuan agama dengan melibatkan usaha secara berterusan dalam menimba pengetahuan dan pemahaman tentang ajaran agama Islam. Individu boleh hadir ke kelas agama, membaca bahan rujukan Islam yang bertauliah dan berdiskusi dengan alim ulama atau ilmuan dalam bidang agama. Ketiga ialah dengan menjauhi larangan dalam ajaran agama, seperti melakukan maksiat, minum arak, berjudi dan melakukan kekasaran yang tingkahlaku tidak beretika. Ini termasuk dengan sengaja meninggalkan atau menjauhi persekitaran yang mempromosikan perilaku dosa dan meningkatkan iman diri untuk
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy