Sejahtera Milik Kita

75 Maqasid Syariah adalah hukum Islam yang memberikan tujuan, matlamat atau maksud yang mendasari hukum Islam atau Syariat (Auda, 2008). Hukum ini ditetapkan untuk melindungi dan menjaga kepentingan-kepentingan asasi manusia serta mendorong tercapainya kesejahteraan individu dan sosial (Abdullah, 2018). Maqasid Syariah terdiri dari lima prinsip utama iaitu: Hifz al-Din (Perlindungan Agama), Hifz al-Nafs (Perlindungan Hidup), Hifz al-Mal (Perlindungan Harta), Hifz al-Nasl (Perlindungan Keturunan), dan Hifz al-Aql (Perlindungan Akal). Maqasid Syariah telah dijadikan asas kepada sumber rujukan dalam menentukan hal-hal yang berkaitan dalam hukum hakam serta perundangan Islam (JAKIM, 2015). Lebih penting lagi ianya dilihat sebagai cara hidup atau panduan kehidupan dalam Islam. Syariat ini menggambarkan keperluan dari nilai-nilai Islam yang meliputi kebebasan, keadilan, kesetaraan, dan kesejahteraan (Auda, 2021). Ia seharusnya dijadikan sebagai kampus atau penunjuk arah bagi semua perkara dalam kehidupan. Kesejahteraan psikologi dalam konteks pemahaman dan penghayatan Islam seharusnya lebih holistik dan menyeluruh. Bersandarkan kepada hukum Maqasid Syariah, kesejahteraan psikologi boleh dilihat dalam lima prinsip utama serta penghayatan yang lebih dekat dengan kehidupan manusia. Kesejahteraan psikologi dalam konteks lima maqasid syariah mengacu pada pemahaman bahwa kebahagiaan dan kesejahteraan mental seseorang adalah dari tujuan-tujuan syariat Islam yang lebih luas (Auda, 2008). Seterusnya, penjelasan tentang bagaimana kesejahteraan psikologi dapat difahami dalam hubungannya dengan lima maqasid syariah akan dihuraikan secara terperinci.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy