Sejahtera Milik Kita
KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KONTEKS MAQASID SYARIAH Shamila Banu Hisamuddin PENGENALAN Kesejahteraan psikologi boleh didefinisikan dalam pelbagai bentuk dan gabungan kesejahteraan yang memberikan makna yang bertepatan dengan keperluan individu atau organisasi atau masyarakat. Menurut Keyes (2005), kesejahteraan psikologi adalah sesuatu keadaan yang menggambarkan persepsi individu terhadap kualiti hidup mereka sendiri dalam konteks enam domain penting berkaitan dengan kefungsian psikologi iaitu autonomi, hubungan positif dengan orang lain, penguasaan lingkungan tujuan hidup, pertumbuhan peribadi dan penerimaan diri. Selain itu, kesejahteraan psikologi turut didefinisikan sebagai konstruk yang berbentuk multidimensi yang terdiri daripada aspek-aspek emosi, kognitif dan tingkah laku daripada pengalaman subjektif manusia. Ianya terdiri daripada emosi positif serta negatif, kepuasan hidup, makna dan tujuan dalam kehidupan serta keterlibatan dan fungsi sosial yang positif (Diener et al., 2017). Dengan erti kata lain, kesejahteraan psikologi adalah aspek penting dalam kehidupan manusia yang tidak boleh diabaikan. Dengan memberikan keutamaan kepada kesejahteraan psikolog, individu dapat mencapai kesempurnaan dalam hidup atau aktualisasi sebagai hasil daripada keseimbangan hidup yang sihat dan memberikan impak yang positif terhadap diri sendiri dan persekitaran.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy