Sejahtera Milik Kita
70 1. Tahap Asas (Underlying Assumptions) : Tahap ini merujuk kepada nilai-nilai, kepercayaan, dan prinsip-prinsip yang mendasari budaya organisasi. Nilai-nilai ini seringkali tersembunyi dan tidak disedari serta dikongsi oleh semua anggota dalam organisasi. Sebagai contoh: Di sebuah syarikat mungkin terdapat nilai- nilai seperti kesetiaan kepada pelanggan atau keinginan untuk inovasi yang mendalam, tetapi nilai-nilai ini mungkin tidak diutarakan secara terbuka. 2. Tahap Antara-muka (Espoused Values) : Tahap ini merujuk kepada nilai-nilai dan kepercayaan yang secara langsung dinyatakan oleh organisasi, sering kali melalui mesej rasmi, strategi pemasaran, misi syarikat, atau deklarasi tentang budaya syarikat. Budaya yang diiklan dan dipromosikan kepada orang luar. Nilai-nilai yang dinyatakan secara rasmi mungkin boleh berbeza dari nilai-nilai sebenar yang diamalkan dalam organisasi. 3. Tahap Arus (Artifacts) : Arus adalah tahap yang lebih kelihatan dari budaya organisasi, termasuk dalam bentuk struktur organisasi, proses kerja, dan prosedur harian. Contohnya, arus mungkin terlihat melalui struktur hierarki, cara komunikasi dan interaksi di antara kakitangan, dan cara kerja dalam kumpulan. Rajah 1: Model Budaya Organisasi oleh Edgar Schein, 1985
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy