Sejahtera Milik Kita
59 PSIKOLOGI KOMUNITI DALAM MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT Selain daripada beberapa perspektif spesifik seperti yang dinyatakan di atas, usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat juga boleh diperkasakan melalui perkhidmatan dalam konteks komuniti. Mutakhir ini, permintaan dan keperluan terhadap Pakar Psikologi Komuniti ( Community Psychologist ) semakin meningkat (Perkins, Sonn, Lenzi, Xu, Carolissen, Portillo, & Serrano-Garcia, 2023). Psikologi komuniti merupakan satu sub-bidang psikologi yang mengkaji hubungan kesejahteraan individu dalam konteks komuniti dan masyarakat. Ahli psikologi komuniti berusaha memahami dan mempertingkatkan kualiti kehidupan individu, komuniti dan masyarakat (Perkins, 2009; Dalton, Elias & Wandersman, 2001). Isu- isu dalam komuniti seperti jenayah, penyalahgunaan bahan dan tingkah laku delikuen tidak dapat ditangani hanya melalui penguatkuasaan undang-undang semata-mata. Begitu juga isu kemurungan, kecelaruan mental, dan keadilan sosial memerlukan intervensi pakar terlatih dalam bidang psikologi komuniti (Roehrle, & Strouse, 2019). Praktis Ahli Psikologi Komuniti adalah berlandaskan kepada lima asas iaitu: (a) perspektif pencegahan diberi keutamaan; (b) reformasi dalam aspek penjagaan kesihatan mental dalam komuniti; (c) strategi intervensi berasaskan kajian tindakan dan dinamika kelompok; (d) meneliti gerakan perubahan sosial; dan (e) optimistik dalam menangani isu sosial (Kloos, Hill, Thomas, Case, Scott, & Wandersman, 2020). Peranan Ahli Psikologi Komuniti adalah melangkaui intervensi yang hanya berfokus kepada terapi individu, kerana turut memberi tumpuan kepada isu-isu sistemik dan mempromosi perubahan dalam peringkat komuniti.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy