Sejahtera Milik Kita

60 Berbanding pendekatan psikologi tradisional yang memberi fokus kepada kesejahteraan diperingkat individu, aplikasi psikologi komuniti boleh digunakan dalam merangka intervensi di pelbagai tahap seperti kelompok, organisasi dan keseluruhan komuniti (Perkins, 2009). Aplikasi psikologi komuniti adalah meluas misalnya mempromosikan kesihatan mental melalui program pencegahan dan pembangunan. Ini mengisi lompong yang ditinggalkan oleh profesion kesihatan mental lain yang banyak memberi tumpuan kepada pemulihan (e.g psikiatri, psikologi klinikal, pekerja sosial). Ahli Psikologi Komuniti juga berperanan menjalankan kajian dan penilaian berhubung keberkesanan dan impak dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan dalam konteks komuniti dan masyarakat. Peranan spesifik Ahli Psikologi Komuniti boleh dirujuk dalam penulisan Kloss et al., (2020); Kagan, Burton, Duckett, Lawthom, & Siddiquee, (2011); dan juga Biglan & Smolkowski (2002). RUMUSAN Statistik yang digunakan dalam penulisan ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang isu-isu yang menjejaskan kesejahteraan rakyat di negara ini. Langkah-langkah dan tindakan pencegahan yang bersesuaian perlu dirangka bagi mengelakkan isu-isu tersebut menjadi lebih teruk. Melalui isu dan permasalahan yang dikemukakan juga, artikel ini cuba memberi contoh tentang bagaimana pelbagai pendekatan psikologi boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan komuniti dan masyarakat. Pandangan serta penulisan lanjut oleh pakar-pakar dalam bidang psikologi positif, perkembangan, sosial, kriminologi, kewangan dan komuniti amat diperlukan bagi memberi pencerahan yang lebih mendalam berkaitan isu yang dibincangkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy