Sejahtera Milik Kita
58 2021; Pan, Ali, Kahathuduwa, Baronia, & Ibrahim, 2022); Coping Skills Training (Edraki, Rambod, Molazem, 2018) ; Resiliency Training Programs ( Leppin, Bora, Tilburt, Gionfriddo, Zeballos- Palacios, Dulohery, Sood, Erwin, Brito, Boehmer, & Montori, 2014) telah dibuktikan secara empirikal berkesan membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti hidup. Dari sudut masalah kewangan, berdasarkan statistik kebankrapan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (2023), sebanyak 1,392 kes dilaporkan pada tahun 2023. Secara keseluruhan, jumlah kes kebankrapan yang ditadbir bagi tempoh 2019 hingga April 2023 adalah sebanyak 34,043. Menurut RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey (2023), hampir 55 peratus daripada 3,211 responden yang ditanya menyatakan mereka berbelanja menyamai atau melebihi pendapatan bulanan yang diterima. Ini menyebabkan kesukaran untuk membuat simpanan bagi tujuan kecemasan. Lebih 67% responden menyatakan mereka mempunyai simpanan yang membolehkan mereka bertahan hanya tiga bulan atau kurang jika kehilangan kerja. Sebanyak 55 peratus responden menyatakan mereka merasa bimbang dan kecewa dengan kedudukan kewangan diri. Dapatan juga menunjukkan 32% responden menyatakan kedudukan kewangan mereka semakin bertambah teruk. Perspektif psikologi kewangan ( financial psychology ) boleh digunakan untuk memahami bagaimana faktor psikologi seperti emosi, kognitif dan sikap mempengaruhi tingkah laku dan pembuatan keputusan berkaitan kewangan individu (Baddeley, 2018). Menilai dan mengenal pasti sikap atau pandangan terhadap pengurusan kewangan, corak tingkah laku berbelanja, pengaruh emosi, dan bias kognitif dapat membantu individu membuat pilihan yang lebih baik dalam menguruskan kewangan diri. Bacaan lanjut berkaitan perspesktif psikologi kewangan boleh dirujuk dalam tulisan Maison (2019) dan juga Baker, Filbeck & Ricciardi (2017).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy