Sejahtera Milik Kita

57 Dalam mengaplikasikan pendekatan psikologi, teori dan konsep- konsep penting dalam bidang psikologi sosial (social psychology) dan psikologi budaya (cultural psychology) seperti stereotyping, prejudice, discrimination dan bias boleh digunakan dalam memahami fenomena dan punca isu ini (Kurtis, Salter, & Adams, 2015). Kajian lepas menunjukkan motif perlakuan yang bersifat perkauman juga berkait rapat dengan faktor psikologi individu seperti self-esteem, kepentingan diri dan kelompok, dominanasi dan survival (Burt, Simons, & Gibbons, 2012; Dovidio, Hewstone, Glick, & Esses, 2010). Maka, program psikologi berbentuk peningkatan kesedaran dan praktis mengurangkan stereotaip, prejudis dan diskriminasi dalam pelbagai latar seperti di tempat kerja, instutitusi pendidikan dan komuniti perlu dipergiatkan. Bacaan lanjut berkaitan perspektif psikologi dalam memahami isu-isu sensitif berkaitan perkauman dan agama boleh dirujuk dalam penulisan oleh Salter, Adams & Perez (2018). ISU TEKANAN DAN KUALITI HIDUP Perubahan ekonomi global juga memberi kesan kepada keadaan sosioekonomi masyarakat dalam Negara. Isu berkaitan penurunan nilai matawang negara, kenaikan harga barang, dan peningkatan kos sara hidup memberi tekanan kepada rakyat. Selain itu, isu kesihatan dan penyakit, pencemaran alam sekitar, ketidakseimbangan dalam kerjaya dan keluarga turut menambahkan bebanan yang perlu ditanggung oleh rakyat. Pendekatan psikologi boleh membantu individu dalam memperbaiki kemahiran dan sikap untuk menjadi lebih berdaya tahan, yakin diri dan optimis. Kemahiran pengurusan kendiri ( self-regulation ) seperti menangani kebimbangan, kemarahan, memotivasikan diri serta berupaya membentuk tujuan dan makna hidup juga diperlukan dalam mengurangkan tekanan negatif yang dihadapi. Pendekatan psikoterapi seperti Cognitive-Behavioral Therapy (Nakao, Shirotsuki, & Sugaya, 2021); Mindfulness dan Relaxation Techniques (Luberto, Hall, Park, Haramati, & Cotton, 2020) ; Stress Inoculation Training (Meichenbaum, 2007) ; Positive Psychology Interventions (Carr et al.,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy