Sejahtera Milik Kita

56 pasangan yang bermasalah mengatasi konflik dan kekal dalam berumahtangga. Contoh-contoh kajian yang menunjukkan keberkesanan intervensi psikologi dan kaunseling dalam meningkatkan kefungsian rumah tangga boleh dirujuk dalam penulisan oleh Samuel & Alene (2021) dan juga Antoine, Andreotti, & Congard (2020). Contohnya pelaksanaan program psikologi yang menekankan elemen komunikasi efektif, penyelesaian masalah bersama, pengurusan konflik dan mempertingkatkan komitmen pasangan suami-isteri dapat mengurangkan tekanan dalam kehidupan berumah-tangga (Markman & Rhoades, 2012). Pendekatan berasaskan kaunseling juga membantu meningkatkan penyesuaian dan kepuasan dalam perkahwinan (Bafrani, Nourizadeh, Hakimi, Mortazavi, Mehrabi & Vahed, 2023). Berkait dengan isu keganasan rumahtangga, pendekatan psikologi yang menekankan perubahan tingkah laku, kepercayaan dan sikap dapat mengurangkan risiko dan kadar berlakunya kejadian domestic violence (Mears, 2003). ISU KETEGANGAN KAUM DAN AGAMA Mutakhir ini isu-isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) sering menghiasi dada akhbar yang memberi gambaran tidak sihat berhubung isu ketegangan kaum dan agama di negara ini. Dari segi statistik, pada tahun 2023, sebanyak 104 kertas siasatan sudah dibuka berhubung isu 3R (Sumber: Berita Harian, Oktober 23, 2023). Dalam membahaskan isu-isu tertentu, komen-komen warga maya (netizen) dalam media sosial kebelakangan ini juga cenderung berbaur isu-isu 3R. Kerajaan amat memandang serius isu ini dan dari semasa ke semasa memberi amaran agar tidak memainkan sentimen isu 3R ini. Tindakan pencegahan perlu dilakukan agar isu ini tidak membawa kepada masalah yang lebih serius sehingga mengancam ketenteraman dan kestabilan awam, yang menjejaskan kesejahteraan hidup masyarakat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy