Sejahtera Milik Kita

55 Melakukan profiling ke atas remaja atau pelajar sekolah juga boleh mengenal pasti kecenderungan melakukan jenayah di masa hadapan. Kajian-kajian menunjukkan ciri-ciri personaliti seseorang seperti impulsive, manipulative, pleasure-seeking drives, dan lack of empathy menjadikannya cenderung terlibat dalam jenayah salah laku dan aktiviti jenayah (Chabrol, Van Leeuwen, Rodgers, & Sejourne, 2009). Profiling ke atas mereka yang mempunyai kececenderungan ini boleh membantu dalam melaksanakan program pencegahan bersesuaian (Torres, Boccaccini, & Miller, 2006). ISU KEKELUARGAAN DAN KEIBUBAPAAN Masalah kekeluargaan juga menuntut perhatian dan tindakan yang serius. Dalam kes perceraian misalnya, berlaku peningkatan sebanyak 43.1 peratus daripada 43,936 kes pada tahun 2021 kepada 62,890 bagi tahun 2023 (Sumber: Utusan Malaysia, November 23, 2023). Dalam konteks isu keganasan rumah tangga, berdasarkan statistik PDRM, kes keganasan rumah tangga bagi seluruh negara telah mencatatkan sebanyak 22,908 kes sejak tahun 2020 sehingga Ogos 2023. Terdapat peningkatan kes yang tinggi pada tahun 2021 iaitu sebanyak 7,468 kes berbanding pada tahun 2020 yang mencatatkan sebanyak 5,260 kes. Manakala bagi tahun 2022, jumlah kes keganasan rumah tangga masih lagi tinggi walaupun menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,540 kes. Bagi tahun 2023 pula, sehingga bulan sahaja sebanyak 3,640 kes telah dicatatkan (Sumber: Siaran Media KPWKM, September 2023). Selanjutnya, isu penderaan kanak-kanak turut meruncing. Sehingga Ogos 2023, penderaan seksual terhadap kanak-kanak mencatatkan kes sebanyak 1,603, diikuti dengan kes pengabaian terhadap kanak-kanak dengan 1,530 kes, 156 kes dibuang ibu bapa, 73 kes melibatkan penderaan emosi, dan 614 kes lagi akibat faktor lain-lain (Sumber: Astro Awani, November 29, 2023). Dalam menangani isu-isu kekeluargaan ini, pendekatan psikologi juga perlu diguna pakai. Dalam menangani isu perceraian, kajian menunjukkan program psikologi adalah efektif dalam membantu

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy