Sejahtera Milik Kita
53 mengalami masalah kesihatan mental (prevention is better than cure) . Disebalik fokus kepada usaha memulihkan mereka yang mengalami kecelaruan mental, pemahaman serta tumpuan kepada perkara yang membawa kepada kesihatan mental yang baik perlu lebih diberi penekanan. Kemahiran, teknik dan praktis yang dianjurkan dalam pendekatan positive psychology dalam memperkuatkan emosi positif, membentuk daya tahan, mengenal pasti kekuatan diri, dan bersikap optimis boleh disebarluaskan kepada orang ramai. Penulisan berhubung bentuk- bentuk intervensi melalui pendekatan psikologi positif boleh dibaca dalam penulisan Parks & Schueller (2014) dan juga Diener & Biswas- Diener (2019). Sejauhmana keberkesanan pendekatan psikologi positif dalam meningkatkan kesejahteraan individu boleh dibaca dalam kajian-kajian meta-analysis oleh Kraiss, Redelinghuys, & Weiss (2022) dan juga Carr, Cullen, Keeney, Canning, Mooney, Chinseallaigh & O’Dowd (2021). Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah pendekatan intervensi psikologi positif berkesan dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan mental dan kualiti hidup sesorang. ISU JENAYAH Walaupun kadar Jenayah Indeks Malaysia menunjukkan penurunan sebanyak 4.1 pada tahun 2022, namun bilangan kes yang direkodkan pada setiap tahun agak membimbangkan. Sebanyak 50,819 kes jenayah dicatatkan pada tahun 2021, manakala pada tahun 2022, sejumlah 52,974 kes direkodkan (Sumber: Berita Harian, Januari 11, 2023). Bagi jenayah komersial secara spesifik, berlaku trend peningkatan jumlah kes bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 156,029 kes jenayah komersil dicatatkan sepanjang lima tahun lalu bermula 2019 hingga 2022 membabitkan nilai kerugian mencecah RM14.3 bilion. Jumlah kes jenayah komersil meningkat saban tahun dengan peningkatan 53.2 peratus direkodkan pada 2023 berbanding lima tahun lalu (Sumber: Berita Harian, Januari 4, 2024).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy