Sejahtera Milik Kita

52 Artikel ini memberi contoh umum bagaimana pendekatan psikologi boleh menjadi alternatif dalam menangani isu-isu yang melibatkan kesejahteraan rakyat. Antara contoh isu-isu yang akan diketengahkan adalah seperti kesihatan mental, jenayah, kekeluargaan, ketegangan kaum dan tekanan hidup. Dalam artikel ringkas ini, adalah diluar skop penulisan untuk membincangkan pendekatan psikologi tersebut secara terperinci dalam menangai isu- isu yang dikemukan. Walau bagaimapun, artikel ini akan menyenaraikan beberapa sumber rujukan asas bagi mereka yang ingin mendalami pendekatan psikologi berkaitan. ISU KESIHATAN MENTAL Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi pada tahun 2015 menunjukkan 29.2% (4.2 million) rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas berdepan masalah kesihatan mental (Institute for Public Health, 2015). Ini bermakna satu pertiga rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi pada tahun 2019 pula menujukkan sebanyak setengah juta rakyat Malaysia mengalami gejala kemurungan (Institut Kesihatan Umum, 2020). Isu kesihatan mental di Malaysia turut dikaitkan dengan tingkah laku bunuh diri di mana terdapat 1,142 kes dilaporkan pada tahun 2021, berbanding 631 kes dalam tahun 2020. Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 81 peratus (Sumber: Berita Harian, Oktober 10, 2022). Angka berkait dengan penyakit mental dan tingkah laku bunuh diri ini dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Pendekatan psikologi dalam menangani isu kesihatan mental adalah berorientasikan pencegahan. Ini dapat mengisi jurang dalam pendekatan menangani kesihatan mental sedia ada yang cenderung menekankan aspek pemulihan (Cloninger, 2006). Misalnya Psikiatris hanya memberi rawatan kepada individu yang telah didiagnosis sebagai pesakit mental. Dalam pendekatan pencegahan, program- program psikologi perlu dilaksanakan ke atas kelompok yang belum

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy