Sejahtera Milik Kita
49 iii. Kurang komitmen (lack of commitment) Tanpa komitmen adalah sukar bagi ahli pasukan untuk membuat tindakan dan menghalang pembuatan keputusan serta mewujudkan hala tuju yang tidak jelas dalam organisasi. Ia akan memberi impak kepada pekerja yang cemerlang untuk memberi komitmen dan akan berlaku rasa tidak puas hati. iv. Mengelak kebertanggungjawaban (avoidance of accountability) Apabila ahli pasukan tidak komited dan mengelak ketidakselesaan akan menghalang kebertanggungjawaban kepada organisasi dan menganggu prestasi. v. Kurang perhatian kepada keputusan (inattention to results) Terlalu mengejar matlamat individu dan status peribadi hingga menghakis tumpuan kepada kejayaan organisasi. Rajah 1: Model lima (5) disfungsi pasukan oleh Patrick Lencioni (2002)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy