Sejahtera Milik Kita
48 d. Keterbukaan Keterbukaan melibatkan akses terbuka kepada maklumat yang relevan kepada semua pihak berkepentingan tanpa menyembunyikan maklumat penting. Ini membolehkan individu memberi pandangan dan idea untuk penambahbaikan. Penting bagi individu dan pemimpin organisasi untuk berkomunikasi secara terbuka serta jujur tentang matlamat, strategi, masalah dan cabaran yang dihadapi organisasi untuk penambahbaikan. KETIDAKAKURAN TERHADAP AKAUNTABILITI DALAM ORGANISASI Mengikut Patrick Lencioni (2002, p.vii) bukan kewangan, bukan strategi, bukan teknologi. Ia adalah kerja berpasukan yang kekal dan kelebihan daya saing, kedua-duanya sangat berkuasa dan sangat jarang berlaku. Justeru, dalam buku The Five Dysfunction of a Team oleh Patrick Lencioni, lima (5) potensi disfungsi pasukan yang diperkenalkan akibat ketidakakuran dalam akauntabiliti iaitu: i. Kurang amanah (lack of trust) Ia berlaku apabila ahli pasukan keberatan untuk terdedah antara satu dengan yang lain dan tidak mahu mengakui kesilapan, kelemahan, atau memerlukan bantuan mereka. Tanpa tahap keselesaan tertentu dalam kalangan ahli pasukan, asas kepercayaan mungkin tidak akan berlaku. ii. Takut konflik (fear of conflict) Pasukan yang kurang amanah tidak akan terlibat dalam aktiviti percambahan idea dan pandangan berkaitan isu-isu dalam organisasi. Ia akan mewujudkan situasi di mana konflik pasukan boleh berubah dengan mudah dan akan wujud perbincangan melalui saluran yang tidak betul (back door). Suasana di mana individu atau pasukan tidak mengutarakan pendapat secara terbuka boleh mengakibatkan keputusan yang terhasil adalah kurang tepat dan boleh diragui.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy