Sejahtera Milik Kita
47 PRINSIPAKAUNTABILITI DALAM ORGANISASI Justeru, bagi memastikan kefahaman yang betul mengenai akauntabiliti, prinsip asas tersebut perlu difahami dan dihayati agar struktur organisasi, hubungan antara individu, pasukan dan pengurusan dapat diperkukuhkan. Berikut adalah keterangan mengenai empat (4) prinsip akauntabiliti mengikut Quddus, S. A. (2020) dalam organisasi: a. Tanggungjawab yang jelas Setiap individu dalam organisasi perlu memahami peranan dan tanggungjawab mereka dengan jelas. Ini memastikan bahawa setiap individu memahami apa yang diharapkan dari mereka dan bagaimana mereka akan diukur (pencapaian). b. Telus Menunjukkan kejujuran dan keterbukaan dalam memberikan maklumat berkaitan tindakan dan keputusan yang diambil serta hasil yang dicapai. Organisasi perlu memastikan semua maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan dan menilai prestasi adalah tersedia secara terbuka kepada mereka yang berkaitan. c. Pematuhan dan kepatuhan Pematuhan merujuk kepada kesediaan individu atau organisasi untuk mematuhi peraturan, undang-undang, prosedur, dan standard yang telah ditetapkan. Ini melibatkan tindakan dan keputusan yang sesuai dengan kerangka kerja yang telah ditetapkan untuk memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar dan beretika. Manakala kepatuhan adalah keadaan di mana individu atau organisasi bertindak sesuai dengan aturan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Semua individu dikehendaki mematuhi standard dan prosedur yang telah ditetapkan. Prinsip ini menekankan pentingnya mematuhi undang-undang, peraturan, dan garis panduan yang berlaku dalam organisasi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy