Sejahtera Milik Kita

AKAUNTABILITI DALAM ORGANISASI Roszita Ali PENGENALAN Akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab individu atau entiti untuk bertanggungjawab terhadap tindakan, keputusan, dan hasil yang mereka lakukan atau peroleh. Ia juga melibatkan kesediaan individu untuk menerima akibat atau kesan daripada tindakan tersebut, sama ada positif atau negatif. Akauntabiliti di tempat kerja merujuk kepada pekerja yang mengambil tanggungjawab dan pemilikan terhadap keputusan, tindakan, prestasi, dan tingkah laku mereka. Dalam erti kata lain, untuk mencapai perkara-perkara yang individu katakan, individu akan lakukan dengan meningkatkan komitmen bekerja. Dalam konteks organisasi pula, akauntabiliti adalah pendorong utama untuk memperoleh pencapaian yang baik. Ia mencipta persekitaran di mana setiap individu merasakan tanggungjawab untuk mencapai sasaran bersama, dan memberikan kekuatan kepada struktur organisasi yang kukuh (Sandler, 2018). Di samping itu, kekuatan sesuatu organisasi bergantung pada tahap akauntabiliti yang diamalkan oleh setiap individu di dalamnya. Akauntabiliti memperkukuhkan kepercayaan, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan risiko kegagalan (Fernandez, 2020). Penekanan kepada akauntabiliti dalam organisasi tidak hanya mempengaruhi prestasi individu tetapi juga memperkuat ikatan dan keterlibatan dalam keseluruhan kumpulan. Ini membentuk asas yang kukuh untuk budaya organisasi yang berorientasikan pencapaian (Rothbard, 2021). Mengikut Quddus, S. A. (2020) terdapat empat (4) prinsip akauntabiliti, yang dipengaruhi oleh Kerangka Akauntabiliti Global One World Trust iaitu penglibatan pihak berkepentingan, penilaian, telus dan mekanisma maklum balas.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy