Sejahtera Milik Kita
42 Melalui pendekatan psikologi, agenda Malaysia MADANI ini lebih mudah objektif kepada pendekatan psikologi yang menumpukan kepada keupayaan kognitif, tingkahlaku dan juga emosi. PSIKOLOGI TERAS MALAYSIAMADANI Dalam Misi dan Visi Malaysia Madani, Anwar (2023) juga telah menggariskan empat (4) teras utama iaitu (i) membina semula ekonomi; (ii) menjamin kesejahteraan insan; (iii) reformasi institusi demokrasi dan perundangan; dan (iv) mewujudkan pentadbiran beramanah. Teras utama ini juga perlu dinilai dari apsek psikologi yang melihat kepada kemahiran insaniah ( soft skills ) khususnya penjawat awam. Agenda Malaysia MADANI Aspek Psikologi Minda MADANI Menumpukan kepada penyelesaian masalah Persepsi iaitu mengubah persepsi lama dan digantikan dengan persepsi yang berasaskan fakta, logik dan berbentuk empirikal kepada penyelesaian masalah. Memenuhi keperluan semasa negara Penelaahan iaitu mengubah pembelajaran konvensional kepada teknik pembelajaran yang lebih terbuka bagi memenuhi keperluan semasa negara. Menyentuh pencorakan masa depan Penaakulan iaitu dengan mengubah cara gaya pemikiran yang lebih positif serta set minda yang mempunyai keanjalan ( agility ) untuk mencorak masa depan. Memenuhi potensi rakyat dan negara Prestasi iaitu keupayaan untuk mengubah pengawalan emosi yang lebih bijak dan praktikal serta mendorong kearah perubahan yang positif serta lebih berprestasi tinggi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy