Sejahtera Milik Kita
41 Seterusnya, melalui penekanan pada psikologi minda MADANI ini mampu untuk melakukan perubahan tingkahlaku dengan memahami gagasan yang dibawa oleh Malaysia MADANI. Bukan sahaja setakat memahami, menilai dan dan menggunakan pengetahuan untuk mengaplikasikannya tetapi masih mampu berfikir secara kreatif dan berinovasi. Akihrnya berkeupayaan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang sejahtera serta berdaya dalam pengawalan emosi, dan meningkatkan prestasi. PSIKOLOGI AGENDAMALAYSIAMADANI Aplikasi psikologi dalam konteks Minda MADANI ini, memberi keutamaan dan bertujuan untuk meningkatkan pemberdayaan individu, masyarakat dan seterusnya negara yang lebih bersepadu dan holistik. Terdapat empat (4) agenda Malaysia MADANI (Anwar, 2023) yang telah digariskan iaitu (i) menumpukan kepada penyelesaian masalah; (ii) memenuhi keperluan semasa negara; (iii) menyentuh pencorakan masa depan; dan (iv) memenuhi potensi rakyat dan negara. Agenda Malaysia MADANI ini boleh dimanifestasikan dengan lebih efektif bila menggabungkan aspek psikologi. Terdapat empat (4) elemen psikologi yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan Agenda Malaysia MADANI iaitu;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy