Sejahtera Milik Kita

43 Kemahiran insaniah ini juga merangkumi keupayaan dalam memahami dan mengelola aspek kemanusiaan yang meliputi aspek kognitif, tingkahlaku dan emosi, serta berkeupyaan untuk beradaptasi dengan perubahan (Smith & Johnson, 2020). Oleh itu, di dalam memahami Teras Malaysia MADANI dari aspek psikologi, secara umumnya boleh dicapai melalui; a) Mengubah persepsi melalui literasi ekonomi iaitu keupayaan memahami isu-isu ekonomi dapat membantu mengubah persepsi terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam membina semula ekonomi. Persepsi terhadap ekonomi perlu diubah – iaitu ekonomi tidak sahaja menjurus kepada aspek kewangan, penjanaan pendapatan, tetapi juga merangkumi aspek psikologi ekonomi iaitu melihat pada keupayaan menganalisis fenomena ekonomi dari perspektif membuat keputusan dalam tingkahlaku. keputusan ekonomi individu dan kelompok. b) Menerapkan penelaahan berbentuk kolaboratif dan anjal ( agility ) bagi kesejahteraan insan: Pengupayaan dalam penelaahan yang lebih mendorong kepada keselamatan psikologi iaitu ruang selamat bagi menyuarakan pendapat, berdiskusi secara konstruktif dan memfokus kepada penyelesaian masalah yang praktikal. Manakala bagi menjamin kesejahteraan insan, keinginan untuk belajar amat penting. – Penelaahan dan pembelajaran adalah perkara asas dalam membina kesejahteraan. Kesejahteraan boleh dicapai apabila sesorang itu mempunyai ilmu, ingin belajar sesuatu yang baharu yang yang paling utama mampu dan anjal ( agility ) dalam melakukan perubahan. c) Menggalakkan penaakulan yang bersifat konstruktif dan berdaya tahan ( resilience ) bagi mereformasi institusi demokrasi: Penerimaan cabaran sebagai peluang untuk berkembang, menerima apa juga keadaan sebahagian daripada proses pembelajaran, dan percaya bahawa dedikasi dan kerja keras boleh membawa kepada peningkatan dan kejayaan. Selain itu, dalam membentuk reformasi insititusi demokrasi dan perundangan ialah dengan perubahan dalam pemikiran. Pemikiran inilah akan menambah pemahaman, penilaian, dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy