Sejahtera Milik Kita
PSIKOLOGI MINDAMADANI Raja Kamariah Raja Hj. Mohd Khalid, Phd PENGENALAN Terma "MADANI" merujuk pada kepada gagasan dan konsep yang menekankan aspek keadilan, kebebasan, dan demokrasi dalam kerangka yang lebih berbentuk spiritual (Ismail, 2023; Mohd Farihal, 2016) dengan integrasi nilai kemodenan. Konsep MADANI ini merupakan kata kunci kepada kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan (Anwar, 2023), namun pada asasnya MADANI harus juga dinilai dari aspek psikologi agar kefahaman terhadap misi dan visi MADANI boleh dicapai. PSIKOLOGI MINDAMADANI Minda MADANI melibatkan beberapa proses penyesuaian berkaitan dengan norma masyarakat sosial, merangkumi nilai-nilai dari budaya tertentu melalui proses seperti perbandingan atau penilaian terhadap kesamaan dam perbezaan dalam sesebuah masyarakat sosial. Pendekatan psikologi dalam mempraktis dan menerapkan gagasan Malaysia MADANI perlu dinilai secara holistik iaitu menggunakan pendekatan kognitif, tingkahlaku dan emosi. Dalam erti kata lain, Minda MADANI adalah proses penerimaan individu atau kelompok dalam masyarakat untuk menerima perubahan serta bersedia dalam penyesuaian tingkahlaku, nilai dan identiti yang berteraskan kepada gagasan MADANI. Pada masa yang sama, mampu untuk memproses, mengorganisasi, dan menginterpretasikan MADANI sama seperti apa yang dihasratkan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy