Sejahtera Milik Kita

36 (iv) Protokol Keempat Fasa mencipta: Memerhatikan hasil ciptaan klien dalam terapi sandtray. Pemerhatian Hasil: Fokus pada interpretasi hasil ciptaan sebagai petunjuk keadaan emosi dan kognitif klien. Peranan Kaunselor: Menggunakan kemahiran kaunseling untuk meneroka isu yang dialami klien. (v) Protokol Kelima Pembersihan Terapi Sandtray: Melakukan pembersihan bilik selepas sesi berakhir, mengingatkan klien mengenai waktu yang tersedia untuk mencipta gambaran. (vi) Protokol Keenam Mendokumentasi Sesi Sandtray: Merekodkan sesi dan gambaran yang dicipta oleh klien dan menyimpannya di fail klien untuk penilaian dan pemantauan kemajuan. (c) Keberkesanan Terapi Sandtray dalam proses kaunseling Beberapa kajian lepas dalam dan Luar Negara menunjukkan pendekatan sandtray dalam proses kaunseling. Kajian di Korea mendapati bahawa terapi pasir adalah sebagai sebahagian daripada kaunseling sekolah memberi kesan terhadap peningkatan estim diri dan perubahan signifikan dalam masalah emosi dalam kalangan murid-murid tahun empat dan lima (Kwak, Hyeon Jeong, et al., 2020). Sementara itu, satu kajian lain menilai terapi sandtray bagi wanita migran di Korea. Kajian tersebut mendapati bahawa terapi sandtray secara berkumpulan menghasilkan pengekspresian diri yang positif dan mengurangkan pengekspresian diri yang negatif (Jang M, Kim Y- H, 2012). Di China, satu kajian yang melibatkan kanak-kanak lelaki yang telah didiagnosis dengan sindrom Asperger mendapati terapi sandtray telah membantu perkembangan kesejahteraan psikologi dan kemahiran komunikasi interpersonal kanak-kanak lelaki tersebut (Cao H et al., 2013).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy