Sejahtera Milik Kita
37 Di Malaysia, kajian Mo lee (2022) aplikasi terapi sandtray sebagai modaliti kaunseling yang berkesan dalam membantu kanak-kanak perceraian ibu bapa dalam peluahan emosi, tingkah laku dan kognitif. Demikian juga kajian yang telah dilaksanakan oleh Muhammad Razif Ismail et al. (2019) mendapati terapi sandtray membantu klien di rumah perlindungan untuk visualkan isu dengan lebih efektif dan membantu kaunselor untuk mengenal pasti isu. Klien juga mendapat celik akal lebih cepat serta perkembangan emosi yang positif. RUMUSAN Secara kesimpulannya, terapi Sandtray adalah satu pendekatan alternatif yang digunakan dalam kaunseling untuk membantu klien mengungkapkan dan memproses emosi, pengalaman dan konflik secara non-verbal. Terapi sandtray merupakan satu pendekatan terapeutik dan komprehensif kerana menggunakan semua deria berbanding dengan kaunseling konvensional yang hanya berfokuskan aspek percakapan lisan semata-mata. Melalui pengaturan miniatur dalam pasir, klien dapat mengeksplorasi makna yang tersembunyi dalam kehidupan mereka dan memperdalam pemahaman tentang diri sendiri. Pendekatan ini menjadikan medium komunikasi bagi individu yang menghadapi kesulitan mengungkapkan perasaan mereka secara lisan, tetapi juga membuka ruang untuk kolaborasi yang kuat antara kaunselor dan klien dalam mengeksplorasi alternatif terhadap masalah yang dihadapi. Dengan demikian, terapi Sandtray tidak hanya memberikan medium ekspresi yang unik, tetapi juga meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses kaunseling dalam meningkatkan kesejahteraan klien secara holistik. RUJUKAN Cao H, Shan W, Xu Y, Xu R. Eastern sandplay as a safe container for a combined intervention for a child with Asperger syndrome: A case study. The Arts in Psychotherapy. 2013;40(1):134-142. doi:10.1016/j.aip.2012.12.008
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy