Sejahtera Milik Kita
35 (i) Protokol Pertama Penyediaan Bilik: Menyediakan bilik terapi sandtray dengan dulang, pasir dan miniatur. Pemeriksaan Dulang: Memeriksa untuk memastikan tiada miniatur kecil yang tertinggal dari sesi sebelumnya. Susunan Bilik: Menyusun perabot dan miniatur di tempat yang tidak mengganggu klien. Penyusunan miniatur mengikut kategori iaitu orang, jenis pekerjaan, bangunan, pengangkutan, pokok, pagar dan lain-lain. (ii) Protokol Kedua Pengenalan Terapi Sandtray: Pendekatan bukan direktif untuk memberi ruang kepada klien untuk mengekspresikan diri mereka melalui gambaran kehidupan yang mereka cipta dalam pasir. Pendekatan Bukan Direktif: Membolehkan klien berinteraksi dengan alat miniatur secara bebas tanpa arahan daripada kaunselor. Pendekatan Direktif: Membolehkan kaunselor membuat arahan kepada klien untuk berkongsi gambaran kehidupan yang telah dicipta klien. (iii) Protokol Ketiga Klien mencipta gambaran dan pengalaman kehidupan: Membenarkan klien untuk mencipta gambaran kehidupannya dalam terapi sandtray, sama ada secara direktif atau tidak. Klien akan menyusun miniatur mengikut cerita yang divisualisasikan dalam sandtray. Peranan Kaunselor: Menggunakan kemahiran kaunseling untuk meneroka isu yang dialami klien.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy