Sejahtera Milik Kita
34 (ii) Klien yang mempunyai masalah gangguan proses sensori yang melibatkan sistem deria iaitu visual (keupayaan untuk melihat), auditori (keupayaan untuk mendengar), sentuhan (keupayaan untuk menyentuh), olfaktori (keupayaan untuk mengenalpasti bau), rasa (keupayaan untuk mengesan rasa), vestibular (keupayaan mengawal keseimbangan badan) dan proprioception (keupayaan untuk menggerakkan badan di ruangan sekeliling). Terapi Sandtray melibatkan semua sensori menjadikan perkhidmatan kaunseling yang disediakan lebih komprehensif. (iii) Klien yang mengalami krisis dan trauma mempunyai kesukaran untuk meluahkan kesakitan dan trauma yang dialami melalui terapi lisan. Penggunaan terapi sandtray beserta miniatur menyediakan medium selamat kepada klien untuk meluahkan masalah dan pengalaman traumatik. (iv) Kaunseling Keluarga. Terapi sandtray memberi peluang kepada setiap anggota ahli keluarga termasuk kanak-kanak untuk mengekspresikan perasaan dan meluahkan masalah mereka. Ahli keluarga yang dewasa tiada isu untuk meluahkan masalah atau isu secara verbal manakala bagi kanak-kanak terapi ini memberi peluang dan ruang kepada kanak-kanak agar dapat meluahkan masalah secara verbal (Roesler C, 2019) (b) Aplikasi Terapi Sandtray dalam Proses Kaunseling Mengikut Homeyer dan Sweeney (2017) terapi sandtray boleh dikendalikan dalam sesi kaunseling individu, sesi kaunseling kelompok dan sesi kaunseling keluarga. Homeyer dan Sweeney (2017) turut mencadangkan bahawa terapi sandtray boleh digunakan sebagai pengenalan kepada kaunseling terutamanya kepada kanak-kanak atau klien yang enggan atau sukar mengikuti sesi kaunseling. Seterusnya, terapi sandtray juga boleh digunakan sebagai perubahan dalam teknik kaunseling daripada terapi lisan bercakap konvensional kepada kaedah bukan lisan. Homeyer dan Sweeney (2017) menggariskan terdapat enam (6) protokol semasa pengendalian sesi kaunseling menggunakan terapi sandtray seperti berikut:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy