Sejahtera Milik Kita

33 (iii) Simbolisme dan Metafora: Sandtray menggunakan simbol- simbol dan metafora yang mempunyai makna mendalam bagi klien. Miniatur yang dipilih mewakili perasaan, hubungan interpersonal dan situasi dalam kehidupan mereka. Proses ini membantu klien untuk mengkaji dan mengintegrasikan makna dari pengalaman klien. (iv) Peningkatan Kesedaran dan Pemahaman: Melalui pengaturan miniatur dalam sandtray, klien dapat melihat dan menilai dinamik atau pola dalam kehidupan mereka. Ia membantu meningkatkan kesedaran diri mereka terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan emosi dan tingkah laku mereka. (v) Pemilihan alternatif dan penyelesaian isu: Sandtray juga dapat digunakan untuk mencipta ruang selamat kepada klien untuk mencuba alternatif tindakan atau penyelesaian terhadap masalah atau konflik yang mereka hadapi. Melalui miniatur dalam sandtray, klien dapat meneroka pilihan-pilihan yang ada dan mencari cara untuk mengatasi cabaran mereka. (vi) Kolaborasi dalam Terapi: Kaunselor dapat bekerjasama secara kolaboratif dengan klien dalam menginterpretasi makna di sebalik pengalaman sandtray. Proses ini memperkuatkan hubungan terapeutik antara kaunselor dan klien, serta meningkatkan keberkesanan intervensi terapeutik. Secara keseluruhannya, aplikasi terapi sandtray dalam proses kaunseling memberi peluang untuk pengalaman terapeutik yang mendalam dan membolehkan klien mengakses, meneroka, dan memproses aspek-aspek penting dalam kehidupan mereka dengan cara yang unik dan bermakna. Klien yang sesuai dengan terapi Sandtray adalah seperti berikut: (i) Klien kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai limitasi dalam meluahkan perasaan dan pengalaman hidup secara lisan. Terapi sandtray membantu kanak-kanak untuk meluahkan isu yang dialami kerana bermain adalah bahasa kanak-kanak dan alat-alat mainan adalah perkataan kanak-kanak.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy