Sejahtera Milik Kita

32 Terapi dulang pasir dalam proses kaunseling adalah terapi yang memberikan kebebasan kepada klien untuk menyusun miniatur mereka dalam dulang pasir untuk mencipta dunia yang berkait rapat dengan perkara yang mereka telah lalui dalam kehidupan yang sebenar (Homeyer & Sweeney, 2017). Dalam kaunseling, aplikasi terapi sandtray digunakan untuk membantu klien agar mempunyai kefahaman yang lebih baik tentang isu-isu yang mereka sedang hadapi, melalui penggambaran imej daripada dulang pasir. Setiap objek atau miniatur dan susunanya yang disusun oleh klien di dalam sandtray adalah satu ekspresi dan mempunyai maksud yang tersendiri (Homeyer & Sweeney, 2017). Penggunaan terapi sandtray ini membantu klien untuk ekspresikan apa yang ada dalam ingatan mereka dan menukar emosi negatif yang tidak disedari klien kepada emosi yang dalam keadaan sedar kepada emosi positif (Nur Shakila Ibrarim & Ku Suhaila Ku Johari, 2015). Rasional Penggunaan terapi Sandtray dalam Proses Kaunseling Penggunaan terapi sandtray dalam perkhidmatan kaunseling kerana ia menyediakan medium yang unik dan bermakna kepada klien untuk mengekspresikan dan meneroka emosi, pengalaman, dan konflik dalaman mereka secara lisan. (i) Ekspresi dan penerokaan tanpa lisan melalui terapi Sandtray membolehkan klien untuk berkomunikasi tanpa perlu menggunakan banyak perkataan lisan. Ia sangat bermanfaat bagi individu yang mungkin menghadapi kesukaran dalam mengungkapkan perasaan atau pengalaman mereka secara lisan. Dengan meletakkan dan mengatur miniatur dalam pasir, klien dapat menyampaikan maklumat yang sukar diungkapkan melalui lisan. (ii) Pemprosesan Emosi dan Pengalaman: Aktiviti dalam sandtray membantu klien untuk mengakses dan memproses emosi yang terpendam atau sukar difahami. Miniatur yang dipilih dan cara klien mengatur dalam sandtray dapat menunjukkan tanda-tanda tentang apa yang dirasakan dan dialami oleh klien.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy