Sejahtera Milik Kita
31 Gladding (2016) pula menjelaskan bahawa kaunselor perlu menyesuaikan strategi dan teknik terkini berdasarkan keperluan psikologi klien. Dalam mengurus emosi klien, kaunselor perlu menggunakan kaedah yang yang sesuai kerana tidak semua klien dapat meluahkan masalah yang dialami secara verbal atau lisan dalam sesi kaunseling. Gladding (2016) turut menjelaskan bahawa intervensi psikologi secara kreatif mula digunakan semasa perang dunia kedua bagi membantu klien yang memerlukan sokongan psikologi akibat kesan trauma peperangan. Oleh kerana kesukaran memahami emosi dan kesan trauma melalui pendekatan secara verbal konvensional, pakar psikiatris dan psikologi telah mula menggunakan intervensi kreatif dapat membantu klien dengan lebih mudah lagi untuk mengenal pasti aspek berkaitan trauma peperangan dan meneroka segala emosi yang terpendam (Gladding, 2016). Fokus penulisan ini adalah seperti berikut: a) Pengenalan terapi Sandtray dan kepentingannya; b) Aplikasi Terapi Sandtray dalam Proses Kaunseling; dan c) Kajian Lepas Keberkesanan Penggunaan Sandtray dalam Proses Kaunseling dalam meningkatkan Kesejahteraan Psikologi Klien. (a) Pengenalan Terapi Sandtray Terapi Sandtray atau Terapi Dulang Pasir merupakan satu bentuk intervensi psikoterapi memberi kebebasan kepada klien untuk meluahkan isu dengan menggunakan serta menyusun miniatur di dalam dulang pasir. Setiap susunan miniatur kecil dalam dulang pasir merupakan luahan perasaan dan pengalaman mengenai peristiwa yang dilalui berdasarkan dunia kehidupan sebenar mereka (Homeyer & Sweeney 2017). Sweeney, D. S. (2021) sandtray merupakan terapi ekspresif yang menggabungkan pelbagai pendekatan psikoterapi bersifat direktif dan tidak direktif. Selain itu, terapi sandtray mengintegrasikan teknik dari pelbagai pendekatan kaunseling mengikut isu yang dikemukakan oleh klien semasa sesi kaunseling (Homeyer & Sweeney 2017).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy