Sejahtera Milik Kita
APLIKASI TERAPI SANDTRAY DALAM MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI Linda Jamaludin, Phd PENGENALAN Kaunseling merupakan perkhidmatan yang amat penting dan signifikan dalam memastikan kesejahteraan klien sentiasa berada di tahap optimum. Dalam sesebuah organisasi, perkhidmatan kaunseling berkait rapat dengan pengurusan sumber manusia dalam konteks kesejahteraan pekerja secara menyeluruh dan holistik. Perkhidmatan kaunseling yang berkesan dapat membantu pekerja menyelesaikan masalah bukan hanya di tempat kerja malah segala permasalahan berkaitan dengan peribadi dan keluarga. Shertzer dan Stone (1976) menyatakan bahawa kaunseling merupakan satu proses interaksi yang memberikan pemahaman yang bermakna kepada klien terhadap diri dan persekitaran serta menghasilkan pembentukan matlamat dan nilai untuk tingkah laku di masa hadapan. Sementara itu, mengikut Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) kaunseling merupakan suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Sehubungan itu, kaunselor yang profesional amat diperlukan untuk memahami isu yang dialami oleh klien dan membantu klien mencari jalan keluar bagi masalah yang dihadapi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy