Sejahtera Milik Kita
23 teladan yang penting bagi pengikut. Ini selaras dengan Treviño et al. (2000) serta Kaiser et al. (2008) yang mengatakan bahawa aspek kepemimpinan yang mampu mempengaruhi pekerja dan organisasi ialah etika para pemimpinnya. Mihelič et al. (2010) juga menegaskan bahawa pemimpin mempunyai pengaruh yang tinggi dalam pembentukan tingkah laku beretika dalam sesebuah organisasi. Isu dan keseriusan permasalahan yang dipaparkan menunjukkan nilai, keperibadian dan tingkah laku seseorang pemimpin amat penting terutama dalam mempengaruhi sikap, nilai dan tingkah laku pengikut dalam sesebuah organisasi khususnya dalam sektor awam. Lantaran itu, pemimpin perlu mempamerkan tingkah laku yang adil, berintegriti dan memberi panduan tentang tatacara bertingkah laku agar diikuti oleh pengikut (Brown et al. 2005). KERANGKATEORI Berdasarkan kerangka hubungan pemimpin, pengikut dan prestasi oleh Yulk dan Gardner (2020) mendapati nilai, integriti dan pembangunan moral serta personaliti pemimpin akan mempengaruhi tingkah laku pemimpin berkenaan. Tingkah laku pemimpin ini pula akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengikut (secara timbal balas) yang terdiri daripada sikap (nilai) yang akhirnya akan memberi kesan kepada hasil dan prestasi organisasi. Maka jika diperkasakan nilai pemimpin maka ia secara tidak langsung akan mempengaruhi nilai yang dipunyai oleh pengikut. Rajah 1: Hubungan Pemimpin, Pengikut Dan Prestasi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy