Sejahtera Milik Kita

Sehubungan itu, pemimpin dalam sektor awam perlu mempamerkan tingkah laku yang berinteriti kerana ia akan mengambarkan imej sektor awam yang telus dan berakauntabiliti. Selain itu, integriti juga merupakan komponen asas tingkah laku yang penting dalam kepemimpinan kerana ia mencerminkan tahap kebolehpercayaan seseorang pemimpin dari perspektif pengikut (Brown et al. 2005; Memiyanti et al. 2010). Konsep kepemimpinan yang berteraskan nilai seperti tanggungjawab, integriti, keadilan, ketelusan serta mampu menjadi contoh teladan dalam organisasi sektor awam juga menepati ciri-ciri individu dan pengurus bermoral yang terdapat dalam kepemimpinan beretika yang dipelopori oleh Brown et al. (2005). Selain itu, kajian Ruiz et al. (2011) mendapati kepemimpinan berteraskan nilai mampu memberi kesan kepada tingkah laku beretika pegawai bawahannya. PERBINCANGAN Pertama, pemimpin dalam sektor awam boleh mengamalkan konsep kepemimpinan beretika yang dikemukakan oleh Treviño dan Brown (2005) dan Mihelič et al. (2010). Antara kriteria pemimpin yang beretika ialah (1) memastikan tingkah laku pemimpin beretika yang menjadi contoh teladan kepada pengikutnya dalam bertingkah laku, (2) pemimpin beretika akan memaklumkan kewajaran tingkah laku beretika kepada pengikut, (3) tingkah laku beretika perlu dilaksanakan secara konsisten dan mereka akan menetapkan piawaian etika dalam organisasi serta memberi ganjaran kepada tingkah laku beretika dan menghukum tingkah laku yang tidak beretika dan (4) pemimpin beretika akan menggabungkan dimensi etika dalam proses membuat keputusan, mengambil kira kesan daripada keputusan mereka dan sedaya upaya membuat keputusan yang adil. Selain itu, pemimpin dalam sektor awam juga boleh menggunakan cadangan yang dikemukakan oleh Kalshoven et al. (2011) seperti di jadual 1, dalam membentuk perlakuan yang beretika. 24

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy