Sejahtera Milik Kita

22 Keperluan untuk mempamerkan kepemimpinan yang berteraskan nilai seperti keadilan, integriti dan profesionalisme serta sahsiah yang tinggi dalam melaksanakan tugas juga merupakan teras penilaian dalam sistem penilaian prestasi pegawai bagi memastikan tahap produktiviti berada pada tahap yang tinggi (Jabatan Perkhidmatan Awam 2011). ISU DAN PERMASALAHAN Elemen kepemimpinan tidak beretika telah menyumbang secara tidak langsung kepada jumlah aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) pada tahun 2022. Daripada 16, 652 aduan yang diterima, aduan berkaitan kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan salah laku anggota awam menyumbang 2, 474 manakala 383 aduan yang merangkumi tindakan tidak adil dan salah guna kuasa atau penyelewengan berkait secara terus dengan faktor kepemimpinan yang tidak beretika (Biro Pengaduan Awam 2022). Walaupun dalam laporan oleh BPA di atas tidak dinyatakan secara spesifik kategori pelakunya namun sebarang tingkah laku tidak beretika yang berlaku dalam organisasi merupakan tanggungjawab seseorang pemimpin. Ini dijelaskan melalui P.U.(A)246. Bahagian IB, Tugas Kawalan Dan Pengawasan Tatatertib (perkara 3c)(1) yang menghendaki pegawai selaku pemimpin untuk menjalankan kawalan dan pengawasan atau mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera terhadap pegawai bawahannya yang melanggar peruntukan dalam peraturan-peraturan pegawai awam (Warta Kerajaan Persekutuan 2002). Tingkah laku ini jika tidak dibendung akan memberikan imej dan kesan yang buruk dan akan menjejaskan hasrat untuk memperkasakan sistem tadbir urus dan integriti sektor awam. Dari perspektif teori pembelajaran sosial, tingkah laku pemimpin memberi kesan yang signifikan kepada pengikut dan kumpulan. Pengikut mempelajari dan mengamalkan sesuatu tingkah laku samada beretika atau tidak melalui apa yang dilihat daripada seseorang pemimpin (Bandura 1971) kerana mereka merupakan sumber contoh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy