Sejahtera Milik Kita

PEMANTAPAN TINGKAH LAKU PEMIMPIN DALAM MEMPERKASAKAN NILAI Ahmad Badruddin Abdullah, Phd PENGENALAN Kepemimpinan merupakan salah satu topik yang paling penting dalam bidang sains kemanusiaan dan fenomena yang kompleks kerana ia merupakan kunci kepada keberkesanan sesebuah organisasi serta melibatkan komponen pemimpin, pengikut dan situasi (Hughes et al. 2012). Kepemimpinan ialah kebolehan individu untuk mempengaruhi, membimbing, memotivasi, menstruktur dan membolehkan orang lain menyumbang kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi (Den Hartog & Dickson 2012; Yulk 2013). Kepemimpinan yang terbaik mampu meningkatkan prestasi, kesejahteraan kewangan dan psikologi pekerja (Poister et al. 2015). Selain itu, kebanyakkan jenis kepemimpinan mutakhir ini menjadikan nilai sebagai teras dalam dimensi pengukurannya seperti kepemimpinan beretika, transformasional, hamba, sahih dan karisma. Kepimpinan berteraskan nilai ini didapati memberi kesan positif kepada hasil atau produktiviti individu, kumpulan dan organisasi. Ia juga mampu menambahkan kesignifikanan tugas pekerja serta menambah baik prestasi organisasi (Brown & Treviño 2006; Piccolo et al. 2010). Dalam konteks sektor awam di Malaysia, elemen kepemimpinan yang berteraskan nilai merupakan antara aspek yang diberi keutamaan dalam pembangunan modal insan bagi menjamin sistem pengurusan yang baik dan seterusnya memastikan keperluan masyarakat dipenuhi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy