Sejahtera Milik Kita
Kebanyakan alat ukur delinkuen sedia ada menggunakan dua bentuk arahan iaitu: a) Arahan yang menyatakan tempoh aktiviti delinkuen dilakukan yang berbentuk “berapa kerap dalam tempoh 12 bulan yang lepas anda terlibat dengan aktiviti berikut” (Mattern & Nakagawa 2003; Tarry & Emler 2007); dan b) Arahan yang tidak menyatakan tempoh tingkah laku delinkuen berbentuk “berapa kerap anda terlibat dengan aktiviti berikut” (Mondragon 2005; See 2005; Fauziah Hanim 2005). STLD menggunakan arahan bentuk ke-dua iaitu “berapa kerap anda terlibat dengan aktiviti berikut” kerana arahan seumpama ini membolehkan ujian pra dan ujian pasca dijalankan dalam jangka masa yang lebih singkat antara dua hingga tiga bulan berbanding bentuk arahan pertama. KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN STLD Nilai pekali kesahan kandungan STLD berdasarkan skor purata kaedah penilai panel pakar ialah .876. Manakala kaedah penilai pakar yang disyorkan oleh Gregory (2007) ialah .875. Berdasarkan kedua-dua kaedah pengkritik luar panel pakar (Mohd Najib 1999) dan pengiraan kesahan Gregory (2007), nilai pekali kesahan kandungan STLD ialah .88. Dapatan ini menunjukkan STLD mempunyai kesahan kandungan yang berkualiti dan boleh dipercayai. Kebolehpercayaan STLD ialah .895. Ujian pra ialah α = .85 dan ujian pasca nilai α = .92 dalam kajian sebenar. Dapatan ini menunjukkan alat ukur STLD mempunyai pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach yang tinggi (Mohd Najib 1999) dan memuaskan boleh diterima untuk diguna pakai dalam kajian sebenar kerana ia mengukur pemboleh ubah dengan tekal. 18
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy