Sejahtera Milik Kita

17 STLD terdiri daripada lapan indeks delinkuen iaitu: i. Indeks Menipu Dan Mencuri (Item 1 – 4): memerihalkan aktiviti yang berkaitan dengan menipu, mencuri, menyeluk saku, membeli atau menjual barang curi. ii. Indeks Penyalahgunaan Bahan (Item 5 – 8): merujuk kepada aktiviti seperti minum minuman keras, mengambil marijuana, menggunakan steroid, dan mengambil heroin. iii. Indeks Jenayah Harta (Item 9 – 10): merujuk kepada aktiviti yang merosakkan harta benda orang lain seperti membaling objek kepada kereta, pecah rumah, dan merosakkan atau membakar harta persendirian. iv. Indeks Vandalisme (Item 11 – 17): berkaitan dengan aktiviti merosakkan, memecahkan, mengotorkan, mengecat atau melukis grafiti pada harta awam. v. Indeks Melanggar Peraturan Yang Serius (Item 18 – 23): merujuk kepada aktiviti seperti bergelut melarikan diri dari pihak polis, berjudi, balik lewat malam tanpa izin dan lari dari rumah atau institusi pemulihan. vi. Indeks Kesalahan Jalan Raya (Item 24 – 26): merujuk kepada aktiviti memandu kenderaan secara berbahaya, memandu tanpa lesen, atau terlibat dengan aktiviti lumba haram. vii. Indeks Keganasan Fizikal (Item 27 – 30): merujuk kepada aktiviti paksaan yang membawa kepada ancaman bahaya atau memudaratkan orang lain seperti memukul, berkelahi dan bergaduh secara fizikal, pergaduhan berkumpulan dan menggunakan senjata untuk mendapatkan sesuatu. viii. Indeks Kesalahan Seksual (Item 31 – 35): merujuk kepada aktiviti yang berkait dengan menonton filem lucah, mengintai, mencabul dan melakukan hubungan seks.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy