Sejahtera Milik Kita
19 PENSKORAN STLD Pemberat setiap item diberi skor 0 – 3 menggunakan empat kategori pilihan iaitu 0 = Tidak Pernah, 1 = Sekali Sekala (yang menggambarkan aktiviti dilakukan sekali atau dua kali sahaja), 2 = Beberapa Kali (aktiviti dilakukan lebih dari dua kali) dan 3 = Kerap. Skor alat ukur STLD diperoleh melalui penjumlahan skor pada setiap item yang memerihalkan kekerapan aktiviti tingkah laku delinkuen. Skor yang diperoleh juga menjelaskan keterlibatan tingkah laku delinkuen mengikut 8 indeks delinkuen STLD. Dapatan ini dapat membantu dalam merancang pelan rawatan tingkah laku delinkuen pesalah remaja. Kaedah menulis keputusan STLD adalah seperti berikut: Skor STLD Pra (sebelum rawatan) = 10 Skor STLD Pasca (selepas rawatan) = 0 Semakin tinggi skor STLD yang diperoleh menunjukkan semakin tinggi darjah keterlibatan dengan tingkah laku delinkuen dan sebaliknya semakin rendah skor STLD, maka semakin kurang keterlibatan dengan tingkah laku delinkuen.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy