Sejahtera Milik Kita

11 PENGURUSAN SIKAP DAN TINGKAH LAKU PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM Pengurusan sikap dan tingkah laku pegawai dalam perkhidmatan awam adalah penting untuk memastikan penyampaian perkhidmatan lebih cekap dan berkesan. Berikut adalah beberapa pendekatan- pendekatan yang boleh dilaksanakan: i) Pembudayaan Nilai-Nilai Positif Elemen utama dalam pembentukan sikap dan tingkah laku yang baik ada melalui penerapan, pengamalan dan pembudayaan nilai. Usaha penerapan dan pengamalan nilai-nilai positif perlu diteruskan sehingga ianya menjadi satu budaya yang membentuk sikap dan tingkah laku positif (Akpa, et al., 2021; Tadesse Bogale & Debela, 2024). Justeru, pelaksanaan program-program yang menekan berkenaan pelbagai nilai positif perlu menjadi keutamaan, ditambahbaik mengikut kesesuaian dan dipantau dan diberi galakan sebagai satu usaha memastikan pengamalan nilai membentuk satu budaya nilai positif yang dikehendaki dalam perkhidmatan awam. ii) Pengaruh Sosial dan Sokongan Penggunaan pengaruh sosial dan kumpulan sokongan boleh membantu untuk membentuk tingkah laku yang diingini dalam perkhidmatan awam. Sebagai contoh pelantikan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan Value Champion Officer (VCO) merupakan antara inisiatif yang mampu mempengaruhi rakan sekerja untuk bersikap dan bertingkah laku positif. Pegawai awam mempunyai rangkaian sokongan untuk menghadapi pelbagai cabaran di tempat kerja dan seterusnya dapat bersikap dan bertingkah laku sebagaimana yang diharapkan. Kumpulan pegawai ini boleh menjadi pempengaruh ( influencer ), pencetus dan penggerak kepada sikap dan tingkah laku baik yang ingin dibangunkan dalam kalangan pegawai awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy