Sejahtera Milik Kita

10 Keadaan ini juga sama dengan pembentukan sikap melalui pemerhatian dan pengalaman. Melihat ibu yang mesra dengan jiran dan melihat senyumannya terhadap orang lain boleh membentuk kanak-kanak menjadi seorang yang mesra dan baik dengan orang lain. Keadaan ini berkait rapat dengan maklumat yang diperolehi. Kanak- kanak memerhati gerak-geri dan percakapan ibu dan ayah untuk membentuk sikap tertentu terhadap jiran mereka. “Jiran ini baik, ibu mesra dan senyum kepada jiran, ibu nampak gembira dengan jiran, senyum dan mesra itu perbuatan baik”. Begitulah contoh pemikiran yang dibentuk samada oleh kanak-kanak yang memerhati atau ibu yang memberitahu. Sebagai contoh, pengalaman ditinggalkan dalam keadaan gelap menimbulkan rasa takut bagi setengah individu, namun tidak bagi yang lain mengikut bentuk maklumat yang diperolehi. Kanak-kanak yang ditakutkan dengan gelap itu sinonim dengan hantu atau entiti yang menakutkan akan membentuk satu ketakutan kepada kegelapan. Sebaliknya jika kanak-kanak diajar bahawa gelap itu biasa dan tiada yang menakutkan, maka kanak-kanak itu dalam kebanyakan masa tidak membentuk sikap takut kepada kegelapan. Pengaruh sosial juga memainkan peranan penting dalam membentuk dan mengubah sikap. Seorang individu yang telah mempunyai sikap tertentu hasil dari pembelajaran, pelaziman, pemerhatian, dan pengalaman sejak kecil, masih boleh berubah sikap apabila dipengaruhi oleh persekitaran sosial (Prislin & Wood, 2005). Seorang pelajar yang telah dididik di rumah oleh ibu bapa biasanya boleh berubah sikap apabila memasuki alam persekolahan. Masa yang lama dihabiskan bersama-sama rakan sekolah, guru atau persekitaran boleh mengubah sikap pelajar berkenaan. Perubahan ini berlaku melalui pemerhatian, pembelajaran semula dan pelaziman kepada sesuatu situasi baharu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy